Rawatan laser pulih masalah kulit
Rawatan laser pulih masalah kulit
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my
Berita Harian, 27 th April 2008.RAWATAN guna pancaran mikro laser jadi pilihan selebriti dan orang kenamaan. |
MosaicII atasi parut jerawat, luka, kedutan, kesan sinar matahari
Selain penggunaan produk penjagaan muka bersifat kosmetik atau separa kosmetik (kosmoseutical) yang banyak di pasaran, ada kaedah lain yang lebih efektif dalam menangani kulit bermasalah serta garis kedutan akibat peralihan usia.
Pakar Kulit dari Klinik Pakar Kulit Chua terletak di Bandar Puteri, Puchong, Selangor, Dr Andrew Chua Sak Eng berkata, alat berteknologi tinggi menggunakan erbium glass fractional 1550 nanometer (nm) laser yang dinamakan MosaicII. Beliau mendakwa rawatan menggunakan pancaran mikro laser ini menjadi pilihan selebriti dan orang kenamaan yang ingin mengembalikan keremajaan kulit.
"Ia membantu menyelesaikan masalah kulit seperti parut jerawat, parut luka, kedutan, kesan pancaran matahari (sun-damaged skin), pigmentasi, liang roma terbuka dan warna kulit tidak sekata.
"Paling utama, sinaran laser yang dipancarkan menembusi lapisan epidermis kulit sehingga lapisan dermis itu akan memperbaiki dan meningkatkan kolagen di dalam kulit menjadikan kulit wajah kembali muda dalam tempoh singkat.
"Jika rawatan ini dilakukan secara sistematik, ia dijamin dapat menghaluskan tekstur kulit, mengurangkan garis halus dan parut serta meningkatkan keanjalan kulit menjadikan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenar," katanya.
Pancaran laser glass 1550 nm fractional merawat masalah kulit tanpa menjejaskan lapisan luar kulit. Komplikasi selepas rawatan seperti pedih atau kesan terbakar pada kulit juga kurang, malah proses pemulihannya juga cepat.
Dr Chua berkata, selepas menjalani rawatan laser, pelanggan dapat melihat perubahan pada kulit dalam tempoh berkala iaitu selepas beberapa hari rawatan hingga sebulan.
"MosaicII amat berkesan untuk merawat masalah kulit yang berlaku di lapisan epidermis seperti melasma disebabkan gangguan hormon, biasanya dihadapi wanita berusia 30-an ke atas. Melasma mengakibatkan kulit wajah ditumbuhi tompokan hitam yang begitu ketara.
"Keberkesanan rawatan ini dalam membantu mencerahkan kembali tompokan hitam berkenaan dijamin malah kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat selepas beberapa sesi rawatan," katanya.
Rawatan laser ini juga berkesan merawat parut terutama parut jerawat jika dilakukan beberapa sesi rawatan. Bagi menjamin keberkesanan rawatan, Dr Chua biasanya akan menggabungkan rawatan laser bersama suntikan Botulinium dan 'filler' berdasarkan masalah kulit yang dihadapi.
"Selain kaedah suntikan, teknik laser juga boleh dibuat bersama rawatan pengelupasan (peeling) bagi mendapatkan hasil yang terbaik," katanya.
Bagaimanapun, Dr Chua berkata, untuk mendapatkan kulit yang ketara cantik dalam tempoh singkat, pelanggan biasanya perlu menjalani tiga hingga enam sesi rawatan mengikut keadaan kulit.
Kos rawatan adalah serendah RM300 hingga RM1,500 berbeza mengikut masalah yang dihadapi. U


38 Comments:
bagaimana jika parut itu adalah disebabkan kayap dan kesannya agak dalam?
http://www.beautyexpo.com.my/article.cfm?id=452 (top eye rx for ageing eye)
http://www.beautyexpo.com.my/article.cfm?id=442 (antiageing tip)
all by dr andrew chua, dermatologist in puchong
jika ada byk parut di kaki (seperti parut campak yang banyak) pula bagaimana? adakah boleh menggunakan rawatan laser?
last week sye ke klinik laser.. kos bagi satu rawatan laser RM1800.
teknik linexel fractional co2.teknik ni berkesan?mahal sgt la..mcm tipu je
saya mengalami kulit sensitif dan mudah mendapat parut.dan juga warna kulit yang tak sekata.saya amat malu dengan keadaan kulit saya yang tidak seperti kulit wanita lain.harap masalah saya ini dpt diselesaikan.
nak tak kalo sy tawarkan pekej rawatan yg murah dan cepat berkesan????dgn serendah rm78 anda mmpu utk menjadi jelita.utk keterangan lanjut email sy di uchantek@gmail.com
camana ek nak ilangkan tompok-tompok perang(melasme) di muka..,susah la nk ilang..dah guna macam2 jenis produk..tp x ilang jgak..
saya penah wat laser treatment kat klinik jalan kuchai, saya ada masalah tompok hitam kat muka macam nevus of ito, saya wat sekali jer rawatan tu, mula2 kulit muka rasa panas mcm terbakar, pastu lepas seminggu dah nampak kesan. makin lama kesan tompok tu semakin cerah dari legap ke pada grey dan sekarang warna coklat cair. kos sekali rawatan rm 300 jer... so rasa berbaloi sangat. dulu rasa kurang yakin, sekarang rasa happy bila org tegur muka kita dah cantik... bestnyer..
anonymous said boleh tk bagi alamat lengkap klinik jln kuchai lama tu..sbb harganya murah sgt2..klu kt tempat sya satu treatment rm680.rsa mcm mahai sgt tu..biasanya harga sebenar brapa utk satu treatment..tolong yer.
berapakah lamakah kesan hitam selepas rawatan laser tersebut akan hilang???
sy ada mmbuar rawatan laser untuk menghilangkan parut jerawat dimuka..ianya mybbkn kulit wajah sy merah seperti terbakar n ada kesan kudis dimuka kerana luka disebabkan laser tersebut..berapa lama masa yg diambil tuk wajah sy kembali normal?
Muka saya terdapat bintik-bintik putih kecil dan lapisan gelap di bahagian pipi. Bolehkah dirawat secara lazer. Saya seorang guru dan tak mahulah pelajar saya melihat muka saya kelihatan merah dan bengkak setelah rawatan lazer
saya ade masalah kulit x begitu teruk.hanya di pipi sahaja..tapi jerawat saya kemerah2an dan gatal2..saya malu untuk berdepan kwn2 dan sedara mara saya.
saya ingin membuat rawatan laser.tapi saya takut kos nyer tinggi..boley x saya dapatkan alamat klink laser yang berpatutan dan berdekatan area selangor..
harap boley bg feedback kt email addrss ni.
azreen_89mimo@yahoo.com
saya mempunyai masalah kulit berjeragat,duit dah habis banyak sebab dari remaja lagi kulit muka jadi mcm ni..da bosan mencari produk yang sesuai tp kadang2 makin bertambah bila kena produk yang tak sesuai..saya nak laser je..saya nak alamat klinik pakar kulit chua bandar puteri puchong berserta dgn no telefon.
terima kasih
rar_2303@yahoo.com
blh tak guna rwtn laser untuk bhgn kulit yg lain..cthnya celah paha n menghilangkan parut lama
saya mengambil pakej laser sebanyak 3 kali..sekarang dah masuk kali kedua rawatan laser..parut saya still nampak.juga..yg beza kulit sedikit halus..kata pkar..sekuang2nya 6kali rawatan laser barulah berkesan.benarkah?pakej sy kini sudah menjangkau 1500
Untuk masalah kulit, sila gunakan rawatan ni:
Rawatan Penghapusan Kuman Kerosakan Kulit
Kesan dia kuat. Elok diamalkan. Tq.
Fleurs pun ada laser treatmant jgk..RM180 per treatmant and it will costs arong RM2-3K utk complete the treatment..located kat jln kuchai lama jgk..maybe sama mcm yg akak kat atas tu mention...
hallo..boleh berikn alamat klinik jln kuchai...
saya ada masalah parut di tangan kerana mengalami kemlangan..adakah laser ni dapat menghilangkan parut yang timbul juga dan menjadi skin keadaan asal..?dimanakah tempat untuk membuat laser ni?sila bagi alamat.....
sye ade mslah parut di muka akbat kmlangan...parut timbul agk bsar jgk..sila bgi alamat klinik untk sye dptkan rwatan laser.....@ no tel untk sye hbungi....
sye btol mhukan rwatan laser ini...sye hlg kyakinan dri...plez give me num klinik or alamat..mcj kt sye kt num ni.(.0105703059)
Hi. Saya berminat dengan klinik yg anda maksudkan. Boleh emailkan saya alamat/info klinik di kuchai lama. T. Kasih. farra.timecode@gmail.com
Salam..sy juga mengalami masalah parut di muka kesan daripada jerawat.Boleh emailkan sy alamat klinik di kuchai lama di cuteyn7585@yahoo.com ..trm kasih
Hi. sy ada parut di tangan.. boleh tak rawatan laser ini menghilangkan parut saya di tangan. Boleh emailkan sy alamat klinik dimail saya jeyi_shu@yahoo.com ..thank you
Hi..sy shasha..sy ada masalah parut di kaki..boleh emailkan add n no phone klinik kt jln kuchai lama tu..thanks ye..
Sy berminat nak dapatkan rawatan klinik jln kuchai lama tu..boleh sms sy add dan jugak nama klinik tu..0173823147
Oklh tue...sy nie buat sekali dh 1500..tue pun sikit jeww...betul kew niee??huhuhu
hi,
bole bg alamat klinik jln kuchai lama..my fon no. 0193916630
saya ada bekas kudis sekitar kaki saya.. boleh tak sms saya alamat klinik yang membuat rawatan laser untuk masalah saya dan berapa kos nya pula,... thanx
Pegi ko skin specialist je! Consultation RM50 je.
Buat di klinik KO klang...amik pakej 6x sessi dlm RM6k++.da 3 kali buag,hasil mmg superb!alhamdulillah...
saya ira , please text or whatsapp 011-1128 1841 , please send alamat yg kat jln kuchai lama .. please sgt2
Saya nak alamat kt jalan kuchai tu..please text saya 0146434770.thnkss
Salam,saya nak share about laser treatment.saya ada parut di muka,agak dalam di pipi dlm ukuran 2cm mcm tu.so sy pergi clinic dr.ko dgn sekali rwatan laser rm400.and lps laser tu mmg kulit kita akan terbakar,for 4 days mcm tu kwsn laser tu akan jd warna hitam like kena conteng dgn marker.and after tht kulit kering like kudis tu akan tanggal.for the second week,kulit tu tak kering,dia mcm merah2.time tu tk boleh apply apa2 except the creams provided.hasilnya,boleh nampak parut tu makin kurang like parut jd tak dlm,so treatment ni boleh diteruskan next 2 months sampailah kita puas hati dgn result dia :)
Please let me know if you're looking for a writer for your weblog. You have some really good posts and I believe I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love to write some articles for your blog in exchange
for a link back to mine. Please send me an email if interested.
Cheers!
Feel free to visit my web page ... acoustic guitar chord
assalam,sy nk nme n alamat klinik kucai coz sy bminat utk rawatan laser muka,plz spe2 y thu msj/wechat 0123801044
as salam boleh mtk name n alamat klinik kucai bg spe2 y thu plz msj yek 0123801044
Post a Comment
<< Home